Wednesday, April 14, 2010

Azam

Eemmm dah lama tak update blog. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 4 dah. Azam baru akan cuba updatekan blog ni setiap hari......Kita tengoklah jadi ke tak. Semoga beroleh kejayaan.....


Friday, January 8, 2010

Berubah

Semasa perjumpaan tahun baru Dato' Azman bersama-sama kakitangan Shahputra, aku tertarik bila dia berkata;

" kita hendaklah berubah demi kebaikan diri kita "

kata-kata inilah yang selalu aku katakan pada diri sendiri, anak-anak dan pelajar-pelajar ku. Memang kita perlu berubah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Tahniah

Aku terima SMS dari abe,
" ummi I'm sorry, i let you down , ummi make sure you are in a good mood cause the result is a bit rough for you ! "
Perasaan aku masa tu...hampa. Abe masih lagi tidak mengubah sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh dari dulu. Semasa menerima keputusan peperiksaan SPM dulu, aku nyatakan :
" keputusan ini adalah dari doa ummi semata-mata, tiada langsung dari usaha abe . Jika dicampurkan doa ummi dan usaha abe keputusannya mestilah lebih baik dari ini...!"

Di dalam hati aku berharap dia dapat belajar sesuatu dari keputusan peperiksaan tersebut.
Semalam semasa berjumpa dengannya , aku nampak keriangan yang amat sangat di mukanya,
Abe berkata " ummi terima kasih kerana doakan abe !"

Abe mendapat 3.61 dan mendapat anugerah - College Outstanding Performance Award. Aku ucapkan tahniah dan menyuruhnya solat sunat syukur, mengucapkan syukur kehadratNya kerana telah memberi laluan yang mudah padanya.

Tahniah abe ! Selamat berjuang dan berjaya untuk semester yang baru ini....

Semester Baru

Minggu pertama kuliah telah pun selesai, minggu ini belum banyak lagi pengajaran yang dimulakan, bak kata orang baru masuk 'gear 1'. Untuk pengajaran yang akan datang, aku sedaya upaya akan menyampaikan kuliah dengan cara yang terbaik dan menyeronokkan. Nampak semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh pelajar-pelajar mengulang.....aku berpesan "sekali gagal bukan selama-lamanya gagal, awak semua akan mendapat keputusan yang terbaik semester ini" Kita memang boleh berjaya asalkan ada perubahan dalam diri kita. Kepada yang mengulang - teruskan semangat anda yang berkobar-kobar itu...insyaallah awak semua akan berjaya. Kepada yang baru....jangan sia-siakan peluang yang ada ! Selamat berjaya...doa saya mengiringi anda semua !

Baba 2010

Baba di tahun baru ini ummi sentiasa berdoa agar perniagaan baba berkembang dan lebih maju lagi. Semoga di tahun ini mendapat rezeki yang melimpah ruah...dan jangan lupa banyakkan bersedekah! Terima kasih kerana menjadi seorang teman dan suami yang memahami.....semoga ianya kekal hingga keakhir hayat....Insyaallah

haseef 2010

Adik akan menempuh alam baru di tahun 2010. Alam yang lebih mematangkan lagi adik. Adik akan belajar berdikari di asrama tanpa bantuan ummi . Disamping belajar berdikari, yang lebih penting adik kena fokus terhadap pelajaran penghafazan Al Quran yang bakal ditempuhi. Ummi sentiasa berdoa untuk adik semoga dipermudahkan segala urusan adik dan dilapangkan hati dan dada untuk menerima dan menyimpan ayat-ayat Allah. Adik mesti ingat, setiap kali adik memulakan penghafazan, setiap kali itu juga ummi sedang berdoa untuk adik.....Selamat berjaya Haseef Al Hafiz !

eilliyin aisyah 2010

Aisyah juga menghadapi tahun yang mencabar pada 2010. Ummi mahukan kakak menjadi seorang yang lebih tekun dan bertanggungjawab dalam menghadapi hidup ini. Kakak akan menghadapi peperiksaan yang besar tahun ini. Kita tak akan berjaya jika kita tidak berusaha. Semoga maju jaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Good Luck kakak.....

Tuesday, January 5, 2010

Hakeem - 2010

Tahun ini adalah penentuan untuk Hakeem. Ummi mahu Hakeem berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan Hakeem. Tiada apa yang boleh ummi berikan melainkan ilmu sahaja yang menjaga dan mendidik Hakeem untuk masa depan. Walaupun Hakeem merasa bosan dan tertekan dengan tindakan ummi dan baba percayalah Hakeem , apa yang kami tegur, marah dan beri panduan adalah semua untuk kebaikan Hakeem. Tiada ibubapa yang mahukan kehidupan anak-anak mereka musnah.

Hafeez - 2010

Berada di semester kedua di KPM ( keputusan peperiksaan belum dikeluarkan ). Ummi memang mengharapkan keputusan yang terbaik dan selamat berjuang untuk semester yang kedua ini. Sememangnya kita boleh berjaya asalkan dapat mengubah cara kita berfikir dan bertindak. Tahun ini menyambut ulangtahun yang ke-19, abe telah menunjukkan sifat-sifatnya yang matang dalam menangani satu-satu isu. Syabas diucapkan kerana sudah pandai dan dapat "menawan" hati big boss ! Terima kasih kerana memahami hati ummi...

2010

2010 dah datang ! Pejam celik pejam celik 2009 dah pergi meninggalkan kita. Setahun lagi umur kita makin bertambah dan hayat kita setahun makin berkurangan . Ingatan yang begini akan menolong kita lebih mengingatiNya dan diharap pada tahun ini keimanan dan ketaqwaan kita semakin bertambah-tambah. Azam ? Soalan biasa yang diajukan. Nampak remeh tapi mempunyai nilai yang tinggi. Untuk diri sendiri aku berazam untuk menjadi seorang yang lebih beriman , bertaqwa dan mempunyai nilai tambah yang tinggi pada tahun ini ! Insyaallah....Ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah.....