Friday, October 7, 2011

Steve Jobs








Nama yang tidak asing lagi di dunia dengan ciptaan-ciptaannya yang mengkagumkan dan khususnya bagi pengguna-pengguna iMac, iBook, iPod, iPhone dan iPad.

Apabila aku mendapat berita kematian Steve Jobs pada 5 Okt 2011, tiba-tiba aku terasa sangat satu kehilangan yang besar, terasa kesedihannya berbanding apabila kita mendengar berita-berita kematian orang-orang tersohor yang lain. Mungkin disebabkan sumbangan beliau yang tidak terhingga dalam bidang teknologi yang menyebabkan aku terasa sangat dan aku juga adalah salah seorang pengguna iPhone 3Gs yang sangat-sangat mengkagumkan.

Aku sangat sayangkan iPhone tu disebabkan iPhone tu mempunyai ciri-ciri komputer yang sangat mengkagumkan. Aku bukanlah seorang yang sangat mahir dalam teknologi terkini , tetapi terus terang aku katakan iPhone lah yang membuatkan aku sangat peka pada teknologi dan "gadget" baru sekarang. Semasa mula-mula menggunakan iPhone, aku pernah terfikir bahawa ni bukan telefon tetapi ini adalah komputer yang didatangkan bersama-sama telefon.


Steve Jobs lah yang bertanggungjawab mengenalkan "smart phone" kepada dunia hari ini, sampai aku terfikir macam manalah dunia ni kalau tak ada "smart phone" ! Dan seperti biasa ciptaan beliau akan diikuti oleh pereka-pereka lain yang mengambil kesempatan dengan menambah baik ciri-ciri tersebut dan dunia kini penuh dengan kepenggunaan "smart phone".

Semasa aku menggunakan iPhone aku tu, aku selalu terfikir , alangkah bagus kalau iPhone ni dalam bentuk yang lebih besar ( sebenarnya mata aku kurang nampak ) dan mesti rasa kepuasannya lebih tinggi kalau lebih jelas. Tiba-tiba je Steve Jobs mengumumkan pelancaran iPad iaitu iPhone dalam versi yang besar. Steve ni mempunyai pandangan yang jauh dan beliau sangat-sangat berinovasi tinggi dan iPad mendapat sambutan yang sangat menggalakkan diseluruh dunia.

Sumbangan Steve pada dunia teknologi tidak dapat dinafikan, secara peribadi aku juga rasa terhutang budi dengan Steve, nama mu akan dikenang selama-lamanya.

Terima kasih Steve Jobs !

No comments:

Post a Comment