Monday, October 19, 2009

Jakarta

Jakarta adalah sebuah bandaraya yang terlalu sibuk. Bermacam ragam manusia boleh kita perhatikan di dalam bandaraya metropolitan ini. Aku bercuti ke Jakarta bersama suami, Aisyah, Adik , ma dan ayah aku baru-baru ini. Semasa perjalanan dalam kereta kami dapat menyaksikan orang-orang yang mencari rezeki dengan mengambil sedikit masa yang terluang semasa lampu isyarat merah. Mereka datang menjual suratkhabar, rokok, majalah, kraftangan dan ada juga yang datang menghiburkan kami dengan dendangan lagu-lagu. Kalau sempat kami berikan wang pada mereka. Saya ceritakan pada anak-anak bahawa kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada sekarang.
Saya selalu berdoa supaya kehidupan kita semua di sini sentiasa baik dan aman selalu. Itulah gunanya kita selalu bercuti dan melihat keadaan di tempat orang !...

Thursday, October 8, 2009

Terkejut

Minggu lepas , hari ahad 4 oktober, dapat berita ma muntah darah masuk hospital, tekanan darahnya tinggi dan jantungnya bersaiz lain sedikit dari normal. Semasa menerima berita tersebut aku terduduk terkejut dan sebelum aku mula berfikiran waras semula, sempat aku mengeluarkan airmata sedih. Aku kesiankan ma takut-takut dirinya dalam kesakitan yang sangat. Tak putus-putus doaku padanya, sebelum aku menelefon dan bercakap dengan ma, macam-macam doa yang aku baca, aku takut mendengar suara ma yang dalam kesakitan. Alhamdullilah, rasa lega bila mendengar suaranya macam biasa saja. Doktor arahkan dia supaya banyak berehat kerana keadaan jantungnya sedikit lemah.

Ya Allah, lindungilah ma aku dari penyakit yang merbahaya, berilah dia kesihatan yang baik dan umur yang panjang, kasihanilah dia seperti dia mengasihani aku semasa kecil .....Amin

Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya

Lama sungguh tak menulis....

Hari Raya tahun ni memang seronok, kesemua adik beradik saya balik ke kampung tahun ni, mereka yang bergilir untuk balik rumah mertua selalunya berpakat untuk sama-sama ke rumah mertua dan pastikan yang kami semua dapat bersama pada tahun yang berikutnya. Saya adalah orang yang tak pernah miss beraya dengan kedua ibubapa saya pada hari raya pertama sebabnya adalah suami saya akan beraya bersama keluarganya pada hari raya kedua. Yang lain-lain adik-adik saya mempunyai isteri di luar kawasan yg sewaktu dengannya - adik yang pertama dari johor, kedua dari perak dan ketiga dari kedah, kini tinggal seorang saja lagi yang belum berpunya, rasa-rasanya juga mungkin dengan orang jauh juga........Tahun depan kami beraya dengan ibubapa kami je lah.........Macam tahun lepas.

Kami adik beradik memang rapat, kalu berjumpa memang banyak yang akan dibualkan sampai ke tengah malam masih lagi dok berbual berbagai-bagai topik. Dari topik harian sehinggalah pada topik keagamaan tapi yang paling best kalau sampai topik yang kelakar, ketawanya boleh pecah rumah.

Saya nampak mak saya memang happy tahun ni, terutamanya semasa semua orang mengambil tempat untuk menolongnya di dapur, dari anak-anak , menantu sehinggalah cucu-cucu perempuanya. Ipar-ipar saya, kesemuanya perempuan ( yang tak pernah saya anggap seperti ipar !) semuanya rajin-rajin dan kami semua pun amat rapat disebabkan saya tidak pernah mempunyai adik perempuan. Pada merekalah saya menumpang kasih ...

Saya selalu berdoa supaya Allah rapatkan hubungan kami adik beradik dan anak-anak kami, murahkanlah rezeki kami, sihatkanlah badan kami dan berjayakanlah kehidupan anak-anak kami dunia dan akhirat. Amin.....

Monday, August 3, 2009

kesibukan

Kenapa setiap hari yang dilalui penuh dengan kesibukan yang nyata ? Apabila malam tiba, masih banyak lagi kerja yang belum dibereskan. Adakah pengurusan masa yang salah atau memang terlampau sibuk ? Ya Allah berikanlah aku kelapangan waktu untuk beribadat kepada Mu dengan lebih banyak lagi ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ya Allah....

Wednesday, July 29, 2009

masa atau wang

Semalam bawa Aisyah pergi klinik. Dua bulan lepas masa Aisyah demam saya dah bawa ke klinik swasta dan kosnya adalah RM60.00. Hari ini saya ingin mencuba perkhidmatan yang murah, saya bawa Aisyah ke klinik kerajaan. Pukul 9.45 pagi saya mendaftar pukul 12.30 tgh. baru dipanggil masuk jumpa doktor. Adakah ini nilai yang harus saya tempuh dengan membayar RM1.00, saya terpaksa menunggu sehingga 2 1/2 jam untuk mendapat rawatan yang minima dari doktor?