Friday, October 7, 2011

Steve Jobs








Nama yang tidak asing lagi di dunia dengan ciptaan-ciptaannya yang mengkagumkan dan khususnya bagi pengguna-pengguna iMac, iBook, iPod, iPhone dan iPad.

Apabila aku mendapat berita kematian Steve Jobs pada 5 Okt 2011, tiba-tiba aku terasa sangat satu kehilangan yang besar, terasa kesedihannya berbanding apabila kita mendengar berita-berita kematian orang-orang tersohor yang lain. Mungkin disebabkan sumbangan beliau yang tidak terhingga dalam bidang teknologi yang menyebabkan aku terasa sangat dan aku juga adalah salah seorang pengguna iPhone 3Gs yang sangat-sangat mengkagumkan.

Aku sangat sayangkan iPhone tu disebabkan iPhone tu mempunyai ciri-ciri komputer yang sangat mengkagumkan. Aku bukanlah seorang yang sangat mahir dalam teknologi terkini , tetapi terus terang aku katakan iPhone lah yang membuatkan aku sangat peka pada teknologi dan "gadget" baru sekarang. Semasa mula-mula menggunakan iPhone, aku pernah terfikir bahawa ni bukan telefon tetapi ini adalah komputer yang didatangkan bersama-sama telefon.


Steve Jobs lah yang bertanggungjawab mengenalkan "smart phone" kepada dunia hari ini, sampai aku terfikir macam manalah dunia ni kalau tak ada "smart phone" ! Dan seperti biasa ciptaan beliau akan diikuti oleh pereka-pereka lain yang mengambil kesempatan dengan menambah baik ciri-ciri tersebut dan dunia kini penuh dengan kepenggunaan "smart phone".

Semasa aku menggunakan iPhone aku tu, aku selalu terfikir , alangkah bagus kalau iPhone ni dalam bentuk yang lebih besar ( sebenarnya mata aku kurang nampak ) dan mesti rasa kepuasannya lebih tinggi kalau lebih jelas. Tiba-tiba je Steve Jobs mengumumkan pelancaran iPad iaitu iPhone dalam versi yang besar. Steve ni mempunyai pandangan yang jauh dan beliau sangat-sangat berinovasi tinggi dan iPad mendapat sambutan yang sangat menggalakkan diseluruh dunia.

Sumbangan Steve pada dunia teknologi tidak dapat dinafikan, secara peribadi aku juga rasa terhutang budi dengan Steve, nama mu akan dikenang selama-lamanya.

Terima kasih Steve Jobs !

Thursday, September 29, 2011

Beijing


Pada Januari 2011, aku berpeluang bercuti ke Beijing bersama suami. Beijing adalah bandaraya negeri China dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Aku sangat teruja apabila sampai di sana, walaupun keadaan suhu yang sejuk melampau (-1F ), aku sangat gembira.

Aku dan suami tidak mengambil travel package dari Malaysia. Kami hanya datang sendiri dan berjalan-jalan di bandaraya Beijing menggunakan subway sahaja. Perbelanjaannya murah dan kita bebas ke mana-mana sahaja yang kita mahu tanpa terikat dengan jadual perjalanan yang diatur. Kami senang begini.

Akhirnya sampai juga aku di Great Wall of China, salah satu tujuh keajaiban dunia. Kami mengambil masa lebih kurang sejam di sana , menikmati keindahan Great Wall dan mengenangkan jasa-jasa orang-orang terdahulu yang menyiapkan tembok tersebut.
Kami berjalan-jalan di kedai-kedai cenderamata yang terdapat disekeliling kawasan tersebut, yang menakjubkan kami pekedai-pekedai di situ ada yang boleh berbahasa Malaysia.

Baitullah



Seminggu dua kebelakangan ini aku sangat rindu pada Baitullah. Membaca emel dari adik aku menceritakan dia ke Mekah, aku menangis kerinduan. Membaca entri Prof. Kamil menceritkan kehidupan beliau di sana, aku menangis, mendengar berita keberangkatan jemaah-jemaah Malaysia ke Mekah untuk musim tahun ini, aku menangis.....rindunya aku pada Baitullah.

Ya Allah kau makbulkanlah doaku untuk ke sana lagi.....sesungguhnya aku ingin menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah !

Tuesday, May 31, 2011

Cuti sekolah

Bila tiba cuti sekolah rumahku jadi riuh rendah, cuti kali ni tiga dari empat anak-anakku semua berada di rumah, sepatutnya Hakeem pun bersama menyambut cuti tapi disebabkan dia terpaksa mengikuti kursus PLKN di Kem Chini jadi dia tak dapat bersama-sama dengan adik-adik kali ini. Minggu depan kami akan ke Chini untuk melawat Hakeem di sana.

Aku selalu merasakan aku tidak meluangkan masa sepenuhnya dgn anak-anakku....aku ingin menjadi ibu yang terbaik buat mereka.

Ya Allah makbulkanlah doa-doaku ini amin...

Monday, May 16, 2011

16.5.2011

Hari ini genap umur ku 45 thn aku hidup didunia Allah ini. Semakin pendek usia yang akan ku tempuh didunia ini. Semakin dekat perjalanan ku ke sana. Ucapan dan doa di harijadi mencurah-curah masuk melalui SMS dan melalui FB. Juga aku menerima ucapan selamat hari guru kerana jatuh pada hari yang sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghantar ucapan dan doa , diharap Allah makbulkan semua doa-doa tersebut.

Setiap tahun apabila menyambut ulangtahun kelahiran, aku akan bertanya sempat aku menyambutnya lagi pada tahun hadapan ? Doaku semoga dikurniakan umur yang panjang dan berkat supaya aku sentiasa dapat mengerjakan amal ibadat sebanyak-banyak mungkin.

Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini....

Thursday, May 12, 2011

Guru

Hari ini aku ada mendengar perbincangan sebuah buku "Guru Jutawan di Akhirat" ( lebih kurang lah tajuknya) aku sudah lupa. Mengisahkan usaha-usaha murni guru dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi lebih berakhlak.
Semenjak aku menjadi guru memang itu adalah satu-satunya cita-cita murni yang selalu diimpikan, menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar, menjadi contoh teladan dan memberi yang terbaik untuk mereka. Kalau menunggu keputusan peperiksaan keluar , kitalah yang berdebar, kalau pelajar gagal kitalah yang sedih dan kalau pelajar cemerlang kitalah yang bangga.....begitulah hati naluri seorang guru.

Aku berdoa semoga Allah membalas syurga kepada guru-guru yang banyak mengajar dan membimbing aku satu waktu dulu. Jasa-jasa cikgu tidak dapat dibalas hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Terima kasih cikgu !

Wednesday, May 11, 2011

Pemberian

Semalam aku berkenalan dengan pelajar baru yang mendaftar, hari ini aku sudah dapat pemberian dari Firdaus salah seorang dari pelajar tersebut. Firdaus adalah pelajar jurusan Senibina UTM-UCSA, ibu Firdaus adalah seorang penulis novel yang sedang meningkat naik. Beliau sudah menghasilkan 3 buah novel dan akan mengeluarkan 6 buah novel lagi pada tahun ini. Aku sungguh gembira dapat berkenalan dengan anak penulis, sebab salah satu cita-cita ku yang belum tercapai adalah menjadi penulis. Insyaallah aku akan cuba menghubungi Pn.Maria Kajiwa dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Untuk Firdaus ; terima kasih di atas pemberian tersebut dan selamat berjaya menempuh alam pengajian yang banyak cabarannya.

Pn. Maria; selamat maju jaya dalam bidang penulisan.