Showing posts with label teruja. Show all posts
Showing posts with label teruja. Show all posts

Monday, May 16, 2011

16.5.2011

Hari ini genap umur ku 45 thn aku hidup didunia Allah ini. Semakin pendek usia yang akan ku tempuh didunia ini. Semakin dekat perjalanan ku ke sana. Ucapan dan doa di harijadi mencurah-curah masuk melalui SMS dan melalui FB. Juga aku menerima ucapan selamat hari guru kerana jatuh pada hari yang sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghantar ucapan dan doa , diharap Allah makbulkan semua doa-doa tersebut.

Setiap tahun apabila menyambut ulangtahun kelahiran, aku akan bertanya sempat aku menyambutnya lagi pada tahun hadapan ? Doaku semoga dikurniakan umur yang panjang dan berkat supaya aku sentiasa dapat mengerjakan amal ibadat sebanyak-banyak mungkin.

Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini....

Wednesday, May 11, 2011

Pemberian

Semalam aku berkenalan dengan pelajar baru yang mendaftar, hari ini aku sudah dapat pemberian dari Firdaus salah seorang dari pelajar tersebut. Firdaus adalah pelajar jurusan Senibina UTM-UCSA, ibu Firdaus adalah seorang penulis novel yang sedang meningkat naik. Beliau sudah menghasilkan 3 buah novel dan akan mengeluarkan 6 buah novel lagi pada tahun ini. Aku sungguh gembira dapat berkenalan dengan anak penulis, sebab salah satu cita-cita ku yang belum tercapai adalah menjadi penulis. Insyaallah aku akan cuba menghubungi Pn.Maria Kajiwa dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Untuk Firdaus ; terima kasih di atas pemberian tersebut dan selamat berjaya menempuh alam pengajian yang banyak cabarannya.

Pn. Maria; selamat maju jaya dalam bidang penulisan.

Monday, May 9, 2011

Nikmat

Hari ini terasa cepat berlalu. Minda terasa lapang setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Dipejabat tadi masa untuk menyambung silaturrahim yang terputus sementara akibat kesibukan diri. Pagi pergi minum dengan Yana, seronok berbual dengan Yana sebab dah lama tak jumpa. Yana kata dia tengok baru hari ni nampak air muka aku yang sebenar.....minggu lepas memang muka tension habis. Macam-macam benda yang aku nak buat hari ni....tapi banyak juga senarai "things to do list" aku yang kena bawa ke esok hari. Insyaallah aku akan siapkan banyak benda esok. Kadang-kadang bila leka aku selalu mengingatkan diri dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengingatkan kita 5 perkara sebelum tiba 5 perkara tu....lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit,muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Semoga Allah sentiasa memberi kelapangan waktu padaku untuk melakukan ibadat dan kerja-kerja seharian ku.