Friday, May 6, 2011

Biji kopi

Semalam aku tertengok program TV9 "Semanis Kurma", aku kata tertengok sebab aku selalu miss program ni. Kebetulan pulak jemputan semalam adalah junior aku di sekolah dan universiti Sdr.Zaid Mohamad. Zaid ni sekarang adalah seorang motivator untuk ibubapa yang sedang meningkat naik. Dalam program tersebut aku suka bila Zaid ada memberi contoh motivasi yang aku kira boleh diapplikasikan dalam hidup kita. Ini cerita Zaid semalam;

Ada 3 benda iaitu lobak merah, telur dan biji kopi apabila diletakkan didalam air panas ia akan mengubah sifat benda-benda tersebut. Lobak merah akan menjadi lembik, telur akan menjadi keras dan biji kopi akan larut dalam air panas dan air panas tadi boleh diminum. Air panas itu diibaratkan musibah yang melanda kita. Benda-benda tersebut adalah diri kita, individu yang seperti lobak merah tadi, nampak keras diluar tapi apabila ditimpa musibah dia akan jadi orang yang lemah, kalau orang tu bersifat seperti telur dia akan menjadi keras apabila ditimpa musibah. Orang yang bersifat seperti biji kopi pula akan menyesuaikan diri mereka dengan musibah yang menimpa dan menyebabkan musibah itu berlalu atau dapat diatasi dengan sebaik-baiknya, diumpamakan daripada air yang panas tadi telah berubah menjadi air yang sedap untuk diminum !

Aku rasa aku termasuk dalam golongan lobak merah, nampak tegas diluar ( ini yang aku dapat maklumbalas dari pelajar-pelajar ku, kata mereka "nampak Puan macam garang, tegas dan tegas!") tapi apabila ada sesuatu ujian dari Allah aku cepat menjadi orang yang lemah dan tak berdaya nak menghadapi dugaan tersebut. Insyaallah aku akan cuba menjadi biji kopi yang dapat menyesuaikan diri dengan tenang apabila diduga oleh Tuhan. Insyaallah...

Untuk Sdr. Zaid - bravo! Semoga menjadi seorang motivator yang terkenal dan disegani ramai....Selamat berjaya.



No comments:

Post a Comment