Friday, October 7, 2011

Steve Jobs








Nama yang tidak asing lagi di dunia dengan ciptaan-ciptaannya yang mengkagumkan dan khususnya bagi pengguna-pengguna iMac, iBook, iPod, iPhone dan iPad.

Apabila aku mendapat berita kematian Steve Jobs pada 5 Okt 2011, tiba-tiba aku terasa sangat satu kehilangan yang besar, terasa kesedihannya berbanding apabila kita mendengar berita-berita kematian orang-orang tersohor yang lain. Mungkin disebabkan sumbangan beliau yang tidak terhingga dalam bidang teknologi yang menyebabkan aku terasa sangat dan aku juga adalah salah seorang pengguna iPhone 3Gs yang sangat-sangat mengkagumkan.

Aku sangat sayangkan iPhone tu disebabkan iPhone tu mempunyai ciri-ciri komputer yang sangat mengkagumkan. Aku bukanlah seorang yang sangat mahir dalam teknologi terkini , tetapi terus terang aku katakan iPhone lah yang membuatkan aku sangat peka pada teknologi dan "gadget" baru sekarang. Semasa mula-mula menggunakan iPhone, aku pernah terfikir bahawa ni bukan telefon tetapi ini adalah komputer yang didatangkan bersama-sama telefon.


Steve Jobs lah yang bertanggungjawab mengenalkan "smart phone" kepada dunia hari ini, sampai aku terfikir macam manalah dunia ni kalau tak ada "smart phone" ! Dan seperti biasa ciptaan beliau akan diikuti oleh pereka-pereka lain yang mengambil kesempatan dengan menambah baik ciri-ciri tersebut dan dunia kini penuh dengan kepenggunaan "smart phone".

Semasa aku menggunakan iPhone aku tu, aku selalu terfikir , alangkah bagus kalau iPhone ni dalam bentuk yang lebih besar ( sebenarnya mata aku kurang nampak ) dan mesti rasa kepuasannya lebih tinggi kalau lebih jelas. Tiba-tiba je Steve Jobs mengumumkan pelancaran iPad iaitu iPhone dalam versi yang besar. Steve ni mempunyai pandangan yang jauh dan beliau sangat-sangat berinovasi tinggi dan iPad mendapat sambutan yang sangat menggalakkan diseluruh dunia.

Sumbangan Steve pada dunia teknologi tidak dapat dinafikan, secara peribadi aku juga rasa terhutang budi dengan Steve, nama mu akan dikenang selama-lamanya.

Terima kasih Steve Jobs !

Thursday, September 29, 2011

Beijing


Pada Januari 2011, aku berpeluang bercuti ke Beijing bersama suami. Beijing adalah bandaraya negeri China dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Aku sangat teruja apabila sampai di sana, walaupun keadaan suhu yang sejuk melampau (-1F ), aku sangat gembira.

Aku dan suami tidak mengambil travel package dari Malaysia. Kami hanya datang sendiri dan berjalan-jalan di bandaraya Beijing menggunakan subway sahaja. Perbelanjaannya murah dan kita bebas ke mana-mana sahaja yang kita mahu tanpa terikat dengan jadual perjalanan yang diatur. Kami senang begini.

Akhirnya sampai juga aku di Great Wall of China, salah satu tujuh keajaiban dunia. Kami mengambil masa lebih kurang sejam di sana , menikmati keindahan Great Wall dan mengenangkan jasa-jasa orang-orang terdahulu yang menyiapkan tembok tersebut.
Kami berjalan-jalan di kedai-kedai cenderamata yang terdapat disekeliling kawasan tersebut, yang menakjubkan kami pekedai-pekedai di situ ada yang boleh berbahasa Malaysia.

Baitullah



Seminggu dua kebelakangan ini aku sangat rindu pada Baitullah. Membaca emel dari adik aku menceritakan dia ke Mekah, aku menangis kerinduan. Membaca entri Prof. Kamil menceritkan kehidupan beliau di sana, aku menangis, mendengar berita keberangkatan jemaah-jemaah Malaysia ke Mekah untuk musim tahun ini, aku menangis.....rindunya aku pada Baitullah.

Ya Allah kau makbulkanlah doaku untuk ke sana lagi.....sesungguhnya aku ingin menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah !

Tuesday, May 31, 2011

Cuti sekolah

Bila tiba cuti sekolah rumahku jadi riuh rendah, cuti kali ni tiga dari empat anak-anakku semua berada di rumah, sepatutnya Hakeem pun bersama menyambut cuti tapi disebabkan dia terpaksa mengikuti kursus PLKN di Kem Chini jadi dia tak dapat bersama-sama dengan adik-adik kali ini. Minggu depan kami akan ke Chini untuk melawat Hakeem di sana.

Aku selalu merasakan aku tidak meluangkan masa sepenuhnya dgn anak-anakku....aku ingin menjadi ibu yang terbaik buat mereka.

Ya Allah makbulkanlah doa-doaku ini amin...

Monday, May 16, 2011

16.5.2011

Hari ini genap umur ku 45 thn aku hidup didunia Allah ini. Semakin pendek usia yang akan ku tempuh didunia ini. Semakin dekat perjalanan ku ke sana. Ucapan dan doa di harijadi mencurah-curah masuk melalui SMS dan melalui FB. Juga aku menerima ucapan selamat hari guru kerana jatuh pada hari yang sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghantar ucapan dan doa , diharap Allah makbulkan semua doa-doa tersebut.

Setiap tahun apabila menyambut ulangtahun kelahiran, aku akan bertanya sempat aku menyambutnya lagi pada tahun hadapan ? Doaku semoga dikurniakan umur yang panjang dan berkat supaya aku sentiasa dapat mengerjakan amal ibadat sebanyak-banyak mungkin.

Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini....

Thursday, May 12, 2011

Guru

Hari ini aku ada mendengar perbincangan sebuah buku "Guru Jutawan di Akhirat" ( lebih kurang lah tajuknya) aku sudah lupa. Mengisahkan usaha-usaha murni guru dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi lebih berakhlak.
Semenjak aku menjadi guru memang itu adalah satu-satunya cita-cita murni yang selalu diimpikan, menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar, menjadi contoh teladan dan memberi yang terbaik untuk mereka. Kalau menunggu keputusan peperiksaan keluar , kitalah yang berdebar, kalau pelajar gagal kitalah yang sedih dan kalau pelajar cemerlang kitalah yang bangga.....begitulah hati naluri seorang guru.

Aku berdoa semoga Allah membalas syurga kepada guru-guru yang banyak mengajar dan membimbing aku satu waktu dulu. Jasa-jasa cikgu tidak dapat dibalas hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Terima kasih cikgu !

Wednesday, May 11, 2011

Pemberian

Semalam aku berkenalan dengan pelajar baru yang mendaftar, hari ini aku sudah dapat pemberian dari Firdaus salah seorang dari pelajar tersebut. Firdaus adalah pelajar jurusan Senibina UTM-UCSA, ibu Firdaus adalah seorang penulis novel yang sedang meningkat naik. Beliau sudah menghasilkan 3 buah novel dan akan mengeluarkan 6 buah novel lagi pada tahun ini. Aku sungguh gembira dapat berkenalan dengan anak penulis, sebab salah satu cita-cita ku yang belum tercapai adalah menjadi penulis. Insyaallah aku akan cuba menghubungi Pn.Maria Kajiwa dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Untuk Firdaus ; terima kasih di atas pemberian tersebut dan selamat berjaya menempuh alam pengajian yang banyak cabarannya.

Pn. Maria; selamat maju jaya dalam bidang penulisan.

Tuesday, May 10, 2011

Pelajar baru

Hari ni aku ditugaskan mengawasi pelajar-pelajar baru dan mengadakan apa-apa aktiviti yang patut bersama mereka. Maklumat awal yang aku perolehi mereka kesemuanya 10 orang dan aku telah merangka aktiviti yang akan dijalankan. Jam 9 pagi aku berjumpa dengan mereka cuma tiga orang je, yang lain semua dah lari balik kampung sementara menunggu kelas bermula. Kenapa jadi macam ni ? Dari maklumbalas mereka tu program yang diatur sangat membosankan ! Patutlah mereka semua tak berminat untuk menghadirinya. Aku pun tak tahu nak buat apa, aku panggil mereka semua ke kafe dan ajak minum bersama-sama. Sambil minum aku berkenalan dengan mereka, masing-masing menceritakan hal keluarga masing-masing. Disamping tu aku juga memberi nasihat-nasihat yang berguna untuk mereka.

Diharap mereka mendapat manfaat berbual santai dengan ku....selamat menempuh alam pengajian yang baru.

Monday, May 9, 2011

Nikmat

Hari ini terasa cepat berlalu. Minda terasa lapang setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Dipejabat tadi masa untuk menyambung silaturrahim yang terputus sementara akibat kesibukan diri. Pagi pergi minum dengan Yana, seronok berbual dengan Yana sebab dah lama tak jumpa. Yana kata dia tengok baru hari ni nampak air muka aku yang sebenar.....minggu lepas memang muka tension habis. Macam-macam benda yang aku nak buat hari ni....tapi banyak juga senarai "things to do list" aku yang kena bawa ke esok hari. Insyaallah aku akan siapkan banyak benda esok. Kadang-kadang bila leka aku selalu mengingatkan diri dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengingatkan kita 5 perkara sebelum tiba 5 perkara tu....lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit,muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Semoga Allah sentiasa memberi kelapangan waktu padaku untuk melakukan ibadat dan kerja-kerja seharian ku.


Sunday, May 8, 2011

Letih

Hari ini sangat meletihkan minda dan fizikal ku. Dari pagi menghadiri kelas dengan pembentangan kertas kerja, tengah hari sessi ceramah dari pengurus sumber manusia Kaneka, Gebeng dan petang menghadapi peperiksaan akhir Pengurusan Sumber Manusia. Wow....pukul 5.30 ptg tadi sehabis peperiksaan , terasa lega dan gembira yang amat sangat dan badan terus juga terasa keletihan yang luarbiasa.

Selamat bercuti untuk kawan-kawan MBA, kita sudah selesai sebabak dari empat episod MBA kita. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang....jumpa lagi September depan, semester baru.

Insyaallah....

Saturday, May 7, 2011

MBA

Esok adalah hari yang terakhir untuk semester pertama MBA aku. Esok pembentangan kertas kerja dan peperiksaan akhir. Tak sabar rasanya untuk menghabiskan hari esok, sudah seminggu aku tidak masak, mengemas rumah dan melakukan rutin harian di rumah, ini disebabkan kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar hari ini dan esok. Terima kasih aku ucapkan kepada suami ku yang tersayang yang memahami kedudukan ku sebagai seorang pelajar.
Sokongan moral yang diberikan tidak berbelah bagi.

Terima kasih baba kerana memahami....

Friday, May 6, 2011

Umrah 2011

Pada tahun ni aku mendapat peluang menjadi tetamu Allah lagi. Kali ni aku dijemput sekeluarga
iaitu, kedua ibubapa aku, kesemua adik beradikku dan isteri, 2 orang anak saudaraku Qays Eiman (5 bln) dan Zamharyra (1thn 11 bln). Aku membawa anak-anakku Aisyah dan Haseef.
Juga menyertai kami kakak suamiku K.Zan dan bapa mertua adik ku Abah Jamain. Rombongan kami kesemuanya 20 orang.

Aku tahu orang yang paling gembira dalam rombongan ini ialah ma aku, sebab dapat menunaikan ibadah umrah bersama-sama kesemua anak-anaknya. Aku juga merasakan sangat seronok dan sentiasa berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan jangan ada perselisihan di antara kami adik beradik. Alhamdullilah....semuanya berjalan lancar.

"Ya Allah jangan kau jadikan ziarah kami ini yang terakhir...jika ia adalah ziarah kami yang akhir kau kurniakan syurga bagi kami semua" Amin.....

Doa

Hari ni aku memang sibuk dan tertekan sangat. Ini disebabkab tugasan yang belum siap untuk dihantar esok. Pagi tadi aku dah dapat idea dan menyiapkan tugasan tu, tinggal lagi 1/3 untuk disiapkan. Aku berhenti minum dan rehatkan diri . Selepas balik dari minum, aku mencari balik fail tersebut untuk diemel pada kawan-kawan sekumpulan....tup tup fail tu hilang.
Aku menggelabah dan panik, ku cuba juga mencari-cari tak juga jumpa fail tersebut. Lebih 2 jam aku mencari dan mencari. Masuk waktu Asar aku pergi mengerjakan solat . Selepas solat aku berdoa bersungguh-sungguh aku menangis teresak-esak disebabkan terlalu sedih. Aku berdoa agar fail tersebut dijumpai balik dan Allah permudahkan segala kerja-kerja mencari ilmu ku. Pada Mu jualah tempat aku berserah ya Allah.

Selesai solat aku buka balik komputer riba ku , cuba mencari-cari lagi dan dengan kehendak Allah fail tersebut dijumpai ! Aku sangat gembira dan terharu dan sesungguhnya Allah sangat hampir dengan kita jika kita mengingatiNya.

Allahuakbar...

Biji kopi

Semalam aku tertengok program TV9 "Semanis Kurma", aku kata tertengok sebab aku selalu miss program ni. Kebetulan pulak jemputan semalam adalah junior aku di sekolah dan universiti Sdr.Zaid Mohamad. Zaid ni sekarang adalah seorang motivator untuk ibubapa yang sedang meningkat naik. Dalam program tersebut aku suka bila Zaid ada memberi contoh motivasi yang aku kira boleh diapplikasikan dalam hidup kita. Ini cerita Zaid semalam;

Ada 3 benda iaitu lobak merah, telur dan biji kopi apabila diletakkan didalam air panas ia akan mengubah sifat benda-benda tersebut. Lobak merah akan menjadi lembik, telur akan menjadi keras dan biji kopi akan larut dalam air panas dan air panas tadi boleh diminum. Air panas itu diibaratkan musibah yang melanda kita. Benda-benda tersebut adalah diri kita, individu yang seperti lobak merah tadi, nampak keras diluar tapi apabila ditimpa musibah dia akan jadi orang yang lemah, kalau orang tu bersifat seperti telur dia akan menjadi keras apabila ditimpa musibah. Orang yang bersifat seperti biji kopi pula akan menyesuaikan diri mereka dengan musibah yang menimpa dan menyebabkan musibah itu berlalu atau dapat diatasi dengan sebaik-baiknya, diumpamakan daripada air yang panas tadi telah berubah menjadi air yang sedap untuk diminum !

Aku rasa aku termasuk dalam golongan lobak merah, nampak tegas diluar ( ini yang aku dapat maklumbalas dari pelajar-pelajar ku, kata mereka "nampak Puan macam garang, tegas dan tegas!") tapi apabila ada sesuatu ujian dari Allah aku cepat menjadi orang yang lemah dan tak berdaya nak menghadapi dugaan tersebut. Insyaallah aku akan cuba menjadi biji kopi yang dapat menyesuaikan diri dengan tenang apabila diduga oleh Tuhan. Insyaallah...

Untuk Sdr. Zaid - bravo! Semoga menjadi seorang motivator yang terkenal dan disegani ramai....Selamat berjaya.



Thursday, May 5, 2011

Tanyalah Ustaz

Program kegemaran aku sekarang ialah Tanyalah Ustaz. Memang banyak manfaat yang aku dapat daripada program tersebut. Masa siarannya pagi pukul 7-8 dan ulangan pukul 12tgh mlm - 1 pagi. Masa ulangan ni tak berapa best sikit, sebab terlampau lewat sangat. Aku tengok jugak masa-masa yang aku tak boleh tidur tu. Kalau boleh TV9 tukar masa ulangan ke pukul 11mlm-12tgh mlm, lagi bagus, aku rasa naik jugak rating untuk siaran ulangan tu.
Semalam aku dengar siaran ulangan TU yang dihoskan oleh Ust. Badlishah, bertajuk "Taat pada Ibubapa". Huraian yang diberikan oleh ustaz sangat bagus. Salah satunya ialah, Kalau boleh dalam hidup kita ni kita kena suap mak kita makan.Kalau tak boleh lakukan selalu sekalipun tidak mengapa. Ini berdasarkan riwayat dari Nabi Musa, bila Nabi Musa meminta dari Allah untuk mengetahui siapakah yang akan menjadi kawannya kelak di dalam syurga. Allah makbulkan doanya dan disuruh Nabi Musa mencari jejaka tersebut ( lupa nama....) Jejaka tersebut mengajak Nabi Musa ke rumahnya, dan rupa-rupanya balik dari berniaga di pasar jejaka tersebut akan menyuapkan makanan pada ibunya. Setiap kali suapan olehnya ibu jejaka tersebut akan berdoa " Ya Allah jadikanlah anak ku ini sahabat Nabi Musa di syurga nanti"
Allah memakbulkan doa ibu jejaka tadi.

Sebagai anak; bila lah dapat aku suapkan nasi pada mak aku ni....nanti aku balik kampung aku mesti suapkan nasi pada mak aku....
Sebgai ibu; nanti aku akan minta anak-anakku suapkan nasi padaku dan aku akan berdoa untuk kesejahteraan anak-anak ku nanti.....Insyaallah

Tekanan

Semakin hari hampir pada peperiksaan semakin kuat dirasakan tekanan, mana nak siapkan tugasan perseorangan, tugasan kumpulan dan ulangkaji untuk peperiksaan.....aduh tension ni...
Patutlah orang yang menuntut ilmu Tuhan naikkan darjat mereka, susah rupanya. Aku selalu berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan dikurniakan ilmu yang bermanfaat. Amin....


Wednesday, May 4, 2011

Sibuk

Minggu ni dan minggu lepas adalah hari-hari yang sangat sibuk bagi diri saya. Masa yang ada terasa tidak cukup untuk membuat sesuatu kerja. Dalam hati saya selalu berdoa semoga dipermudahkan segala apa jua yang saya lakukan.

Setahun berlalu.....

Bila tengok post terakhir dalam blog dah setahun rupanya tak update.....teruknya....Tiap-tiap hari ingatkan nak update blog, rupanya dalam tiap-tiap hari tu dah setahun berlalu. Ini menunjukkan satu sikap yang tidak istiqomah dalam diriku, memang untuk disiplinkan diri memang susah. Banyak lagi benda yang aku cita-citakan untuk dilakukan cuma tinggal cita-cita sahaja, tapi yang bagus ingatan tu selalu ada....cuma diantara lambat dan cepat. Tapi kalau sampai setahun tertangguh... tu pun boleh dimaafkan ke?